Monday, October 18, 2010

Pendapat saya...

Kemalangan berpunca drp apa? Sikap ? Tabiat ? Ego ? Ganjaran ? Tiada sebab......? Walau apa pun sebabnya....percayalah jika ia berlaku pasti akan ada tangisan......si mangsa dan waris mangsa.....syarikat insuran ????? 
Apa yang tersimpan di dalam minda saya adalah.....mengapa tidak dipupuk rasa kasih sayang.....terutama oleh keluarga para pemandu terhadap diri pemandu yang penat memandu mencari nafkah keluarga.....mengejar trip untuk menambah pendapatan keluarga. Mengapa tidak disemai rasa sayag teramat dengan  membuat panggilan peringatan kepada si ayah yang memandu kereta, bas, lori waima motorsikal dan jua kapal terbang, tak ketinggalan keretapi, kapal laut dan sebagainya.
Kita lihat ye.....tunggu kan tulisan saya nanti...


Saturday, October 16, 2010

PERLUKAH KEJADIAN KEMALANGAN TRAGIS DIELAKKAN DRP TERJADI ?

Kita sambung kembali perihal kemalangan yang telah berlaku baru-baru ini....usah disebut angka korban....lupakan bagaimana ia terjadi....Tapi fikirkan bagaimana untuk   MENGATASI bukan MENANGISI..... Apakah cukup sekadar orang ramai berasa GERUN melihat kejadian itu ? Atau apakah cukup sekadar kita MARAH bila kemalangan setragis itu berlaku ? Siapa yang akan memberi jawapan mengapa kemalangan TRAGIS sebegini berlaku dan akan terus berlaku.......
Saya ingin mengutarakan beberapa pandangan............mungkin boleh diterima pakai.....untuk ketika ini atau untuk di masa akan datang......siapa yang akan melaksanakannya ?? Masyarakat jawapan saya.....

Bukankah masyarakat pemandu dijalanraya dan bukankah masyarakat juga penumpang kenderaan di jalanraya. Sebut sahaja nama kenderaan, kecil, besar, pendek, panjang, "affordable" malahan ada yang "extra ordinaryable". Masyarakat yang punya kan.........anak yang kecil penumpangnya kan.....sebab si kecil belum punya lesen untuk memandu.
Baiklah.......saya berpendapat adalah wajar kesedaran keselamatan pemanduan di jalanraya dipupuk dari awal. Maka, mahu tidak mahu terpaksalah saya menyebut peranan sekolah.....maaf ye para  pendidik di Malaysia......terbeban lagi nampaknya para pendidik. Namun usah gusar, budi dan jasa mu GURU ku kenang hingga ke liang lahat. Besar jasamu GURU ! Tidak terbalas oleh ku anak murid mu ini.

Adalah tepat pendedahan awal di mulakan di sekolah, 'primary or secondary or even kindergarden as well as in nursery'. Anak-anak kecil ini cepat mengingat dan cepat untuk memberitahu dan mengingatkan ibu bapanya sebagai pemandu atau mungkin atuk dan neneknya, atau mungkin pakcik, makcik, sepupu, dua pupu, tiga pupu waima sesiapa pun. Masih ingat iklan ROKOK di kaca TV (agak lama dulu lah). Si anak mengingatkan si ayah akan bahaya MEROKOK. Nah ! Bukankah itu menunjukkan si kecil amat prihatin. Dan kadang kala si pemandu muda dan tua ini, jika di tegur oleh orang dewasa , tak boleh terima teguran itu.....'drop waterface' kononnya....tapi jika anak kecil menegur.......apa dia tau 'drop waterface'......sendiri mahu jawab lah.

Di sekolah adalah menarik jika ada ditayangkan kejadian-kejadian kemalangan yang telah berlaku untuk menjadi renungan keinsafan. Tapi perlu diingat jangan sampai kejadian yang mengerikan..........bimbang terbawa ke dalam mimpi tidur. Berpada-pada lah......atau mungkin boleh diterangkan risiko jika seorang pemandu memandu secara berbahaya akan mengakibatkan kejadian kemalangan yang sebegini atau sebegitu umpamanya. Saya optimis bahawa dengan tayangan visual akan memberi kesan yang amat sangat. 
Tidak dinafikan.....kejadian kemalangan ada di tayangkan di kaca TV, tapi tahukah kita sejauh mana masyarakat menontonnya ? Paling tidak mereka akan kata .......eeeee tak sanggup tengok, ngeri....(tup tup tukar channel lain) lepas 10 minit tukar balik channel tadi......cerita lain pulak. Ini memang berlaku. Tak percaya  kita buat survey......(sape nak buat survey ? Ramai yang dok melangut, merungut tak de kerja.....tolong survey.....mereka yang bergelar 'student'....galakkan buat survey. Ini real life experience.....perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita ni, bukan rekaan).

Ada lagi beberapa idea yang ingin saya kongsi kan....namun terlebih dahulu saya minta jangan label kan saya .....cakap memang senang .....Buat belum tentu jadi.....

Memang semua orang tahu CAKAP SENANG......kalau susah, tak taulah rancangan apa akan ditayangkan di kaca TV.........

Seterusnya, mengapa tidak di tayangkan di layar billboard terutama di highway, shopping kompleks, hentian bas, pelabuhan, bank-bank, pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta, klinik-klinik, hospital-hospital kerajaan mahupun swasta, perpustakaan , kaunter pembayaran seperti Telekom, Celcom, Tenaga Nasional, di dalam keretapi, LRT, monorel, komuter, hentian teksi, airport, berkaitan kejadian-kejadian kemalangan yang berlaku sebelum-sebelum ini...... ia bukan untuk menakutkan TETAPI untuk MENGINGATKAN ! Bukankah MANUSIA ini MUDAH LUPA ! Bagaimana cara terbaik untuk MENGINGaTKAN masyarakat ???
Begini pun boleh..........jika bimbang ia bakal menakutkan masyarakat, letak kan sahaja gambar, jika berani .....masukkan visual......atau mungkin peringatan berbentuk .........apa akan berlaku akibat daripada kemalangan itu...... koma ? Lumpuh ? Hilang anggota ? atau..............

Kadang kala, masyarakat menganggap orang lain yang perlu melihat kita atau mengawasi kita bila di jalan raya........jika semua nya bersangka begitu.....pandu saja lah, usah patuhi undang-undang di jalanraya. Menyebut perihal undang-undang jalanraya.......... kelihatannya undang-undang ini yang mengajar manusia dan BUKANNYA MANUSIA YANG SEPATUTNYA AJAR DIRINYA SENDIRI. Alangkah eloknya jika , manusia mempunyai nilai untuk mengasihi diri sendiri dan diri orang lain. Akan adakah individu yang akan berlumba-lumba memberi laluan kepada si pejalan kaki melintas jalan, atau beri laluan kepada si pemandu kereta untuk belok ke simpang ? Di Malaysia adalah .........secubit garam......yang lain.......SEBOLEH MUNGKIN MENEKAN PEDAL MINYAK ! Ini realiti bukan ! Saya dah alaminya.......tau sangat perangai masyarakat kita ni.......SENTIASA NAK MENANG DAN  MENANG.........TAPI HADIAH ATAS KEMENANGAN ITU TAK PERNAH DAPAT PUN !



Wednesday, October 13, 2010

Kemalangan Tragis !

Mengapa ia berlaku ? Takdir........Adakah ia boleh dielakkan ? Apakah manusia yang bersalah ? Jalan raya kah puncanya? Kenderaan itukah yang silap ? Cuaca, waktu atau keadaan ? Cakaplah apapun......ia telah berlaku dan akan berlaku lagi.....dimana, bila........kita tunggu sahaja.....
Saya bukan seorang peramal, seperti nujum pak belalang......cuma .....secara teorinya......kemalangan akan berlaku...walau apa tindakan kita untuk mengatasinya......apa yang kita boleh lakukan....cara terjadinya kemalangan itu usahlah setragis itu....Bagaimana caranya ??? Perlukah saya seorang yang menjawab persoalan ini? Bukankah pemandu lori, bas, kereta, motorsikal, van.... ramai bilangannya. Mengapa mereka tidak turut memberi pandangan ?

Apakah mudah lesen memandu diberi tanpa latihan dan bimbingan yang teliti dan sempurna diberi ? Mengapa tiada kajian dilakukan BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURANGKAN ATAU MENGELAKKAN KEMALANGAN TRAGIS DARIPADA BERLAKU ? Kita kan banyak pusat pengajian tinggi........IPTA, IPTS.....kolej swasta.....sebut sahaja apa bidang kursus semua ada.......Tidak bolehkah di fikirkan langkah yang sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh para pemandu kenderaan jalanraya ?

Tuesday, May 25, 2010

Sahabat Lama Telah Ditemui

Dah lama betul tak update my blog. Sibuk sikit. Baru-baru ni jumpa member lama masa di maktab dulu, jumpa di FB, Facebook. Rupa-rupanya member tu ada kat Putrajaya je. Dulu dia kat Perak. Lama betul tak jumpa. Bila dah jumpa kat FB, tak tau pulak bila nak jumpa 'face to face'. Masing2 sibuk. Lagi pun tak banyak benda pun we all sembang kat FB. Mungkin bila jumpa face to face....sure tak berhenti bersembang. Nanti lah...one day we all sure gather sama-sama.
Anyway....cuti sekolah dah dekat ni. Anak-anak sure dah plan nak gi somewhere. Lagi pun kakak dah habis mid term exam nya. Kesian pulak kalau duduk kat rumah je cuti sekolah dua minggu ni. Mungkin pi pantai kut.Selalunya we all selalu gi bercuti kat pantai. Tapi anak-anak bukan suka sangat mandi laut....dia orang suka pi mandi kolam je. Tu yang kena dipastikan hotel atau resort tu mesti ada kolam renang.
Okay akan bersambung lagi ye.

Thursday, May 13, 2010

Teachers Day

Happy Teachers Day To All Teachers

16 Mei , excited to know what happen ? Surprise ? Nope. Already knew. Celebration. A bit late. Celebrate on Monday 17 Mei. What is dissappointed  me......"Gotong royong" on the 15 Mei. Why on that day being chosen. Okay, let be postive. Be clean, avoid the H1N1, dengue etc. Suppose everywhere should be clean. Everyone should do the "Gotong Royong". Why we have specifically to all schools ? Hospital, Government Office, JKR, Majlis Daerah, Bomba, Balai Polis, Dewan Orang Ramai, Tadika, Tabika, Nursery, Pasar Ikan, Supermarket, TESCO, Giant, Econsave, Mc Donald, KFC, Pizza Hut, Pejabat Pos,Kolej Swasta, Kedai-Kedai Runcit,Taman-Taman Perumahan, Kampung-Kampung and all people in the whole district and nation. Come to school and clean up all the rubbish your son and daughter make.

Can you see how busy we the teachers are .....teaching, doing the clerk work, cleaning and what....... Well, I am not complaining. I also have daughter and son. What I say in the above statement is  also refer to me myself. What i am trying to say is that do not pointing fingers to teachers who are the ones who like complaining. Everyone like to blaim the teachers. Do try to fit yourself in the teachers' shoes. See and experience yourself the world of being teachers in this millenium.








Sunday, May 2, 2010

Taekwondo

A Promise to RememberHai.....kenal saya ? Saya kenal anda.....Apa tengok-tengok.........kenapa ? Tak boleh tengok ke ?
Tak boleh tengok tak pe.....saya tak kisah.
Jaga......jangan dekat, ni pistol tau. Saya belum belajar taekwondo lagi. Kakak saya sedang belajar taekwondo. Saya lagi 2 tahun baru nak belajar. Jangan cuba nak kacau saya tau. Nanti saya panggil kakak saya. Hah ! Tu lah kakak saya yang saya sayangi......Kak Azzah. Saya adiknya, panggil saja saya Nazhim.

Gambar kak Azzah ni diambil lepas dia balik latihan taekwondo, tu yang nampak macam penat je tu....lepas tu muka masam je. Bukannya apa, dia penat lah tu, lepas tu mama pula suruh posing nak ambil gambar. Tapi sebenarnya kakak tu suka gambarnya diambil .









Saya rasa macam tak sabar je nak masuk kelas taekwondo.
Disini saya ingin memberi kata-kata nasihat kepada semua warga Malaysia, sertailah kelas mempertahankan diri untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi mangsa buli dan perlakuan ganas individu yang tidak bertanggungjawab.










`

Saturday, May 1, 2010

Perpisahan jua akhirnya

Perpisahan pasti terjadi. Semalam hari yang pasti menjadi ingatan untuk jangka masa yang panjang.Ustazah Rafidah bertukar ke sekolah lain. Sedih rasanya bila kawan yang telah bersama dengan kita untuk suatu jangka masa yang lama, tiba-tiba berpindah ke tempat lain tanpa memohon. Iyelah, tak mohon tukar tapi diminta berkhidmat ke sekolah lain. Rasa macam tak percaya, tiba-tiba je kena bertukar ke sekolah lain. Kan ke ramai guru lain lagi, yang belum posting pun melambak. Ambil je lah yang belum di postingkan tu. Walau pun sekolah aku ni kurang pelajar Islam namun ustazah ni mengajar Bahasa Melayu. Hah ! Sekarang ni sekolah ni kurang guru Bahasa Melayu. Macam mana tu ? Sekolah aku ni pula memang selalu sangat mengalami masalah kekurangan guru. Daripada dulu-dulu lagi masalah kurang guru ni tak pernah selesai. Terlebih guru tak pernah berlaku kat sekolah aku ni. Dok asyik kurang je memanjang.

Sekolah lain tu aku dengar, terlebih-lebih tapi tak pe lah jugak daripada terkurang. Tak sama rasanya bila tiba kat sekolah, tak nampak lagi kelibat ustazah dalam bilik guru. Aku tak pernah alami situasi begini. Kalau guru bersara atau berpindah kerana naik pangkat atau memang mohon untuk berpindah tu lain cerita la kan. Tapi ini lain......

Aku kena hadapi realiti ini. Suka atau tak suka, terpaksa tempuhinya.

Ku rasakan dunia ini begitu pantas berlari
Belum cukup rasanya untuk sama-sama mengenali
Perpisahan jua yang menanti
Kini aku turut merasakan
Seperti diri ini juga inginkan perubahan

Hari Sukan






Sukan sekolah anakku. Sports Day.
Tempohari anak sulungku ada sukan sekolah. Tapi dukacita, mama dan ayahnya tak dapat tengok. Ada hal penting yang tak dapat kami dielakkan. Nasib baik Mak Usu nya ada. Dapatlah Mak Usu nya ambilkan gambar-gambar ni semua. Bolehlah kita orang dok belek tengok.
Hah ! Tu gambar khemah kat tengah padang sekolah. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan malam tadi.
Spoil betul. Tapi alhamdulillah gak. Buatnya lah tiba pada hari sukan tu, hujan....lagi haru. Bersukan di tengah hujan. Tapi anak mama ni bersukan selepas hujan. Cobaan.....

Cuba tengok cikgu-cikgu tu.......sibuk menyiapkan peralatan dan tempat untuk acara sukan berlangsung. Berdedikasi sungguh mereka. Syabas ! Tapi tu le...ada gak pihak-pihak diluar sana yang dok sibuk mengata, cikgu ni kerja senang. Kalau senang le bagai dikata, pasai apa depa tak mohon jadi cikgu.


Anak-anak baik-baik jalan tu. Padang becak kan. Hati-hati masa berlari. Lari nanti pandang-pandang ke bawah juga ye. Bukan apa takut jatuh nanti.




This is Red Team....Red Warrior. Boleh tahan gak red team ni. Gaya ada. Mesti you all dah warm up 2, 3 bulan lepas.

Mana la pulak anak mama ni ? She is not with Red Team. She's Purple Team. Go Purple,... Go Purple. She's on her way. Where are you my girl ?




Here you are. My beloved daughter........See, she is ready 100 percent. Always smile. She is not worried about anything.......Yes my princess....Just go...and win. Do not worry about other people. Just be yourself.

Hati-hati juga le......jangan sampai jatuh ye. Nanti basah seluar and baju tu. Tak selesa nanti nak tunggu sampai habis acara sukan....... Azzah Boleh !
Eh ! Apa ada dalam mulut tu ? Baru lepas makan nasi lemak ke ? Atau makan coklat untuk tambah tenaga ? Apa-apa pun you can do it ! Goooooooo Azzah !










Amboi cerianya princess ni....Dah menang ke acara lumba lari tadi ? Macam clean je muka tu ? Tak berpeluh pun. Sempat posing lagi ye.....Senyum, senyum you are on candid camera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...