Monday, October 18, 2010

Pendapat saya...

Kemalangan berpunca drp apa? Sikap ? Tabiat ? Ego ? Ganjaran ? Tiada sebab......? Walau apa pun sebabnya....percayalah jika ia berlaku pasti akan ada tangisan......si mangsa dan waris mangsa.....syarikat insuran ????? 
Apa yang tersimpan di dalam minda saya adalah.....mengapa tidak dipupuk rasa kasih sayang.....terutama oleh keluarga para pemandu terhadap diri pemandu yang penat memandu mencari nafkah keluarga.....mengejar trip untuk menambah pendapatan keluarga. Mengapa tidak disemai rasa sayag teramat dengan  membuat panggilan peringatan kepada si ayah yang memandu kereta, bas, lori waima motorsikal dan jua kapal terbang, tak ketinggalan keretapi, kapal laut dan sebagainya.
Kita lihat ye.....tunggu kan tulisan saya nanti...


Saturday, October 16, 2010

PERLUKAH KEJADIAN KEMALANGAN TRAGIS DIELAKKAN DRP TERJADI ?

Kita sambung kembali perihal kemalangan yang telah berlaku baru-baru ini....usah disebut angka korban....lupakan bagaimana ia terjadi....Tapi fikirkan bagaimana untuk   MENGATASI bukan MENANGISI..... Apakah cukup sekadar orang ramai berasa GERUN melihat kejadian itu ? Atau apakah cukup sekadar kita MARAH bila kemalangan setragis itu berlaku ? Siapa yang akan memberi jawapan mengapa kemalangan TRAGIS sebegini berlaku dan akan terus berlaku.......
Saya ingin mengutarakan beberapa pandangan............mungkin boleh diterima pakai.....untuk ketika ini atau untuk di masa akan datang......siapa yang akan melaksanakannya ?? Masyarakat jawapan saya.....

Bukankah masyarakat pemandu dijalanraya dan bukankah masyarakat juga penumpang kenderaan di jalanraya. Sebut sahaja nama kenderaan, kecil, besar, pendek, panjang, "affordable" malahan ada yang "extra ordinaryable". Masyarakat yang punya kan.........anak yang kecil penumpangnya kan.....sebab si kecil belum punya lesen untuk memandu.
Baiklah.......saya berpendapat adalah wajar kesedaran keselamatan pemanduan di jalanraya dipupuk dari awal. Maka, mahu tidak mahu terpaksalah saya menyebut peranan sekolah.....maaf ye para  pendidik di Malaysia......terbeban lagi nampaknya para pendidik. Namun usah gusar, budi dan jasa mu GURU ku kenang hingga ke liang lahat. Besar jasamu GURU ! Tidak terbalas oleh ku anak murid mu ini.

Adalah tepat pendedahan awal di mulakan di sekolah, 'primary or secondary or even kindergarden as well as in nursery'. Anak-anak kecil ini cepat mengingat dan cepat untuk memberitahu dan mengingatkan ibu bapanya sebagai pemandu atau mungkin atuk dan neneknya, atau mungkin pakcik, makcik, sepupu, dua pupu, tiga pupu waima sesiapa pun. Masih ingat iklan ROKOK di kaca TV (agak lama dulu lah). Si anak mengingatkan si ayah akan bahaya MEROKOK. Nah ! Bukankah itu menunjukkan si kecil amat prihatin. Dan kadang kala si pemandu muda dan tua ini, jika di tegur oleh orang dewasa , tak boleh terima teguran itu.....'drop waterface' kononnya....tapi jika anak kecil menegur.......apa dia tau 'drop waterface'......sendiri mahu jawab lah.

Di sekolah adalah menarik jika ada ditayangkan kejadian-kejadian kemalangan yang telah berlaku untuk menjadi renungan keinsafan. Tapi perlu diingat jangan sampai kejadian yang mengerikan..........bimbang terbawa ke dalam mimpi tidur. Berpada-pada lah......atau mungkin boleh diterangkan risiko jika seorang pemandu memandu secara berbahaya akan mengakibatkan kejadian kemalangan yang sebegini atau sebegitu umpamanya. Saya optimis bahawa dengan tayangan visual akan memberi kesan yang amat sangat. 
Tidak dinafikan.....kejadian kemalangan ada di tayangkan di kaca TV, tapi tahukah kita sejauh mana masyarakat menontonnya ? Paling tidak mereka akan kata .......eeeee tak sanggup tengok, ngeri....(tup tup tukar channel lain) lepas 10 minit tukar balik channel tadi......cerita lain pulak. Ini memang berlaku. Tak percaya  kita buat survey......(sape nak buat survey ? Ramai yang dok melangut, merungut tak de kerja.....tolong survey.....mereka yang bergelar 'student'....galakkan buat survey. Ini real life experience.....perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita ni, bukan rekaan).

Ada lagi beberapa idea yang ingin saya kongsi kan....namun terlebih dahulu saya minta jangan label kan saya .....cakap memang senang .....Buat belum tentu jadi.....

Memang semua orang tahu CAKAP SENANG......kalau susah, tak taulah rancangan apa akan ditayangkan di kaca TV.........

Seterusnya, mengapa tidak di tayangkan di layar billboard terutama di highway, shopping kompleks, hentian bas, pelabuhan, bank-bank, pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta, klinik-klinik, hospital-hospital kerajaan mahupun swasta, perpustakaan , kaunter pembayaran seperti Telekom, Celcom, Tenaga Nasional, di dalam keretapi, LRT, monorel, komuter, hentian teksi, airport, berkaitan kejadian-kejadian kemalangan yang berlaku sebelum-sebelum ini...... ia bukan untuk menakutkan TETAPI untuk MENGINGATKAN ! Bukankah MANUSIA ini MUDAH LUPA ! Bagaimana cara terbaik untuk MENGINGaTKAN masyarakat ???
Begini pun boleh..........jika bimbang ia bakal menakutkan masyarakat, letak kan sahaja gambar, jika berani .....masukkan visual......atau mungkin peringatan berbentuk .........apa akan berlaku akibat daripada kemalangan itu...... koma ? Lumpuh ? Hilang anggota ? atau..............

Kadang kala, masyarakat menganggap orang lain yang perlu melihat kita atau mengawasi kita bila di jalan raya........jika semua nya bersangka begitu.....pandu saja lah, usah patuhi undang-undang di jalanraya. Menyebut perihal undang-undang jalanraya.......... kelihatannya undang-undang ini yang mengajar manusia dan BUKANNYA MANUSIA YANG SEPATUTNYA AJAR DIRINYA SENDIRI. Alangkah eloknya jika , manusia mempunyai nilai untuk mengasihi diri sendiri dan diri orang lain. Akan adakah individu yang akan berlumba-lumba memberi laluan kepada si pejalan kaki melintas jalan, atau beri laluan kepada si pemandu kereta untuk belok ke simpang ? Di Malaysia adalah .........secubit garam......yang lain.......SEBOLEH MUNGKIN MENEKAN PEDAL MINYAK ! Ini realiti bukan ! Saya dah alaminya.......tau sangat perangai masyarakat kita ni.......SENTIASA NAK MENANG DAN  MENANG.........TAPI HADIAH ATAS KEMENANGAN ITU TAK PERNAH DAPAT PUN !



Wednesday, October 13, 2010

Kemalangan Tragis !

Mengapa ia berlaku ? Takdir........Adakah ia boleh dielakkan ? Apakah manusia yang bersalah ? Jalan raya kah puncanya? Kenderaan itukah yang silap ? Cuaca, waktu atau keadaan ? Cakaplah apapun......ia telah berlaku dan akan berlaku lagi.....dimana, bila........kita tunggu sahaja.....
Saya bukan seorang peramal, seperti nujum pak belalang......cuma .....secara teorinya......kemalangan akan berlaku...walau apa tindakan kita untuk mengatasinya......apa yang kita boleh lakukan....cara terjadinya kemalangan itu usahlah setragis itu....Bagaimana caranya ??? Perlukah saya seorang yang menjawab persoalan ini? Bukankah pemandu lori, bas, kereta, motorsikal, van.... ramai bilangannya. Mengapa mereka tidak turut memberi pandangan ?

Apakah mudah lesen memandu diberi tanpa latihan dan bimbingan yang teliti dan sempurna diberi ? Mengapa tiada kajian dilakukan BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURANGKAN ATAU MENGELAKKAN KEMALANGAN TRAGIS DARIPADA BERLAKU ? Kita kan banyak pusat pengajian tinggi........IPTA, IPTS.....kolej swasta.....sebut sahaja apa bidang kursus semua ada.......Tidak bolehkah di fikirkan langkah yang sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh para pemandu kenderaan jalanraya ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...