Wednesday, October 13, 2010

Kemalangan Tragis !

Mengapa ia berlaku ? Takdir........Adakah ia boleh dielakkan ? Apakah manusia yang bersalah ? Jalan raya kah puncanya? Kenderaan itukah yang silap ? Cuaca, waktu atau keadaan ? Cakaplah apapun......ia telah berlaku dan akan berlaku lagi.....dimana, bila........kita tunggu sahaja.....
Saya bukan seorang peramal, seperti nujum pak belalang......cuma .....secara teorinya......kemalangan akan berlaku...walau apa tindakan kita untuk mengatasinya......apa yang kita boleh lakukan....cara terjadinya kemalangan itu usahlah setragis itu....Bagaimana caranya ??? Perlukah saya seorang yang menjawab persoalan ini? Bukankah pemandu lori, bas, kereta, motorsikal, van.... ramai bilangannya. Mengapa mereka tidak turut memberi pandangan ?

Apakah mudah lesen memandu diberi tanpa latihan dan bimbingan yang teliti dan sempurna diberi ? Mengapa tiada kajian dilakukan BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURANGKAN ATAU MENGELAKKAN KEMALANGAN TRAGIS DARIPADA BERLAKU ? Kita kan banyak pusat pengajian tinggi........IPTA, IPTS.....kolej swasta.....sebut sahaja apa bidang kursus semua ada.......Tidak bolehkah di fikirkan langkah yang sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh para pemandu kenderaan jalanraya ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...