Saturday, May 1, 2010

Perpisahan jua akhirnya

Perpisahan pasti terjadi. Semalam hari yang pasti menjadi ingatan untuk jangka masa yang panjang.Ustazah Rafidah bertukar ke sekolah lain. Sedih rasanya bila kawan yang telah bersama dengan kita untuk suatu jangka masa yang lama, tiba-tiba berpindah ke tempat lain tanpa memohon. Iyelah, tak mohon tukar tapi diminta berkhidmat ke sekolah lain. Rasa macam tak percaya, tiba-tiba je kena bertukar ke sekolah lain. Kan ke ramai guru lain lagi, yang belum posting pun melambak. Ambil je lah yang belum di postingkan tu. Walau pun sekolah aku ni kurang pelajar Islam namun ustazah ni mengajar Bahasa Melayu. Hah ! Sekarang ni sekolah ni kurang guru Bahasa Melayu. Macam mana tu ? Sekolah aku ni pula memang selalu sangat mengalami masalah kekurangan guru. Daripada dulu-dulu lagi masalah kurang guru ni tak pernah selesai. Terlebih guru tak pernah berlaku kat sekolah aku ni. Dok asyik kurang je memanjang.

Sekolah lain tu aku dengar, terlebih-lebih tapi tak pe lah jugak daripada terkurang. Tak sama rasanya bila tiba kat sekolah, tak nampak lagi kelibat ustazah dalam bilik guru. Aku tak pernah alami situasi begini. Kalau guru bersara atau berpindah kerana naik pangkat atau memang mohon untuk berpindah tu lain cerita la kan. Tapi ini lain......

Aku kena hadapi realiti ini. Suka atau tak suka, terpaksa tempuhinya.

Ku rasakan dunia ini begitu pantas berlari
Belum cukup rasanya untuk sama-sama mengenali
Perpisahan jua yang menanti
Kini aku turut merasakan
Seperti diri ini juga inginkan perubahan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...